-
9
Sekiranya kehilangan Kad Autopass, anda mesti membuat laporan polis di negara anda kehilangan kad dan menyediakan salinan laporan polis dan terjemahan laporan polis dalam bahasa Inggeris (jika laporan polis bukan dalam bahasa Inggeris) kepada pihak LTA secepat mungkin.
-
9
Anda perlu memastikan bahawa nombor pendaftaran Kenderaan Berkenaan dan/atau nombor Autopass CAN 16 angka dinyatakan dalam laporan polis.
-
9
Setelah menerima pemberitahuan anda di bawah Klausa 9.1, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan terus menyahaktifkan kad yang hilang, dan kad tersebut tidak lagi boleh digunakan untuk membayar sebarang yuran kemasukan kenderaan, caj jalan raya timbal balik, caj tol, dan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) (tertakluk pada kes) yang terpakai oleh Kenderaan Berkenaan, walaupun kad tersebut telah ditemui. Anda perlu memohon Kad Autopass gantian jika kenderaan anda masih berada di Singapura, atau jika anda mahu membawa masuk kenderaan anda ke Singapura.
-
9
Anda akan tetap bertanggungjawab kepada LTA untuk sebarang bayaran dan caj tertunggak yang telah dikenakan sebelum anda melaporkan kehilangan Kad Autopass kepada LTA.